Thursday, August 28, 2008

Bulan Remdan

Salman Al Farisi r.a meriwayatkan, telah berkhutbah akan Rasulullah saw pada akhir hari daripada Syaaban, maka bersabda Nabi Muhammad saw,

“ Hai sekelian manusia, sesungguhnya telah menaung akan kamu akan bulan yg sangat besar, bulan yg diberkatkan padanya LailatulQadar, terlebih baik ia drpd seribu bulan.

Dijadikan Allah Taala puasanya fardhu, dan berdiri pada malamnya dgn beribadat sunat. Barangsiapa melakukan satu perkara dari kebajikan, adalah ia seperti mereka yg telah menunaikan satu fardhu pada bulan yg lain.

Dan brgsiapa menunaikan akan satu perkara fardhu, adalah ia seperti mereka yg menunaikan tujuh puluh fardhu pada bulan yg lain.

Dan ianya bulan sabar dan sabar pahalanya syurga. Dan ianya bulan tolong menolong, bulan ditambahkan padanya rezeki mukmin.

Brgsiapa memberi makan berbuka pd orang yg berpuasa, adalah baginya pahala memerdekakan satu hamba dan ampun bagi sekelian dosanya.

Berkatalah kami yaitu para sahabat2 yg hadir, tiadalah sekelian kami dapat memberi makan berbuka akan org yg berpuasa. Maka bersabda Rasulullah saw, Allah Taala memberi pahala kpd org yg memberi makan berbuka walau seteguk air atau sebiji tamar.

Dan brgsiapa menyayangi org yg berpuasa, maka diampunkan sekelian dosanya, dan Allah memberinya minum dari kolamku akan sekali minum yg tiada dahaga ia kemudian drpd itu selama-lamanya.

Dan ianya adalah bulan yg pada awalnya rahmat Allah, dan pertengahannya keampunan Allah, dan akhirnya pemerdekaan drpd api neraka.

Dan brgsiapa meringankan pekerjaan hambanya pada bulan itu nescaya memerdekakan oleh Allah Taala akannya drpd api neraka.

Maka hendaklah kamu membanyakkan pada bulan ini empat perkara.

Dua perkara meredhai oleh kamu akan Allah Taala dan dua perkara tiada terkaya kamu drpd keduanya.

Adapan dua perkara yg meredhai kamu akan Allah Taala ialah menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kamu minta ampun padaNya.

Adapun dua perkara yg tiada terkaya bagi kamu drpd keduanya iaitu kamu meminta pada Allah akan syurgaNya dan berlindung kamu akan nerakaNya.

Wednesday, August 27, 2008

merdeka

Adik najib, apenama dia, nazir, gaji dia fulamak, kira bagi setahun 365 hari, dia dapat more than RM25,000 setiap hari sebagai CEO CIMB. Tak kiralah hari tu dia pi kubur ker, melancong kat Tasek Cini ker, hari2 dapat.

Kalu lah dia terer giler, sampai boleh terbang cam suparman takperlah jugak.

Anyway, my point is, janganlah paksa budak2 sekolah yg menari dan berbaris masa merdeka.

Tuan2 CEO, pembesar2 kompeni GLC ni yg sepatutnya, just once a year, angkat bendera dan tabik hormat pada Agong. Pangkat GMr above, kehadiran wajib, pengawas ambil nama.

Tak kibar bendera tahun ni

Saya tak kibar bendera tahun ni sebab:-

Pembesar2 kerajaan dah tak setia kepada negara.

Nak pilih antara keta Perdana V6 ngan keta Mecedis pun depa tak nak korban.

Dok tengok gambar2 pembesar pi permatang pauh, haram sekor pun tak naik pedanaV6.

Yg pakai pedanaV6 tinggal said mokhtar jer kot


Berapa ringgit jer lah kalu nak beli and tampal kat keta. Duit beli aiskerim anak2 aku tiap2 hari lagi mahal. Bukan tak setia pada negara, tapi protes.

Protes kepada keluarga lanun abdulah bin ahmad

Lanun kapal MISC

lanun adalah satu batu loncatan untuk satu pemerintahan kerajaan besar.......

Ramai raja-raja Melayu berasalkan lanun

Penjajahan tanah Melayu juga oleh lanun
(ku lihat batu di A-Farmosa berlambangkan tengkorak dan tulang)

dan pentadbiran tanah ini juga oleh lanun

hanya kapalnya tidak belayar di lautan!!!!

TunM: Pengkhianat Negara adalah ahli2 UMNO yg takder telor

TunM: Pengkhianat Negara adalah ahli2 UMNO yg takder telor

a. Dolah memang dah buat pekak & buta

b. Ahli2 UMNO takder telor, penakut.


PERMATANG PAUH
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 27, 2008 1:20 PM
1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2. Anwar menang.

3. Barisan Nasional kalah.

4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.

8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.

11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.

12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.

14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.

15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.

16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.

17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.

18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

BPR vs PKR

Kalu ikut UMNO, memang dah confirm jahat lah depa2 ni. Kalu ikut PKR, cerita dia lagu ni:
Roslan = Juruteknik PKNP, kawan Usaili
Jamaludin = exco
Osman = exco
Zul = Ahli majlis daerah
Imran = ejeb BPR, berlakon jadi usahawan kaya, umur 20an
Usaili = bekas adun bota
Azrim = kawan Imran, juga kawan Usaili, tapi nak perangkap Usaili
Pelacur 2 orang = Imran yg beli, kongsi 4 orang (Imran, Zul, Azrim, Roslan)

Seorang ejen BPR Putrajaya bernama Imran dihantar ke Ipoh, Perak untuk memulakan operasi. Ejen ini disediakan Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai tokoh korporat dari Kuala Lumpur .


Imran kemudian muncul di pejabat MB Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, bertanyakan Usaili. Imran diperkenalkan pada juruteknik PKNP, Roslan Sahat yang juga rapat dengan Usaili.


Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan berjumpa dengan Usaili. Imran juga memperkenalkan kononnya rakan niaganya, Fairuz Azrim Ismail, untuk menyakinkan Usaili (Usaili sememangnya mengenali Azrim). Mereka kemudian berbincang projek membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili mengguna pengaruhnya sebagai kenalan rapat dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini.


Jamaludin dan Osman bagaimanapun menolak untuk terlibat kerana menyifatkannya di luar bidang kuasa mereka. Imran tidak berputus asa dan kemunculan pilihanraya kecil Permatang Pauh memberikannya peluang terbaik untuk meneruskan konspirasi BPR ini. Imran menawarkan untuk menyumbang RM5,000 untuk tabungan PKR bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Usaili mencadangkan $$$ diserahkan kepada Jamaludin, yang merupakan Bendahari PKR Perak. Pada 14 Ogos, Imran cuba menyerahkan wang itu kepada Jamaludin di pejabatnya. Jamaludin menolaknya dan memberitahu Imran, supaya disumbangkan terus pada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi perangkap itu gagal.


Imran serahkan $$$ itu kepada Usaili (tanpa menyedari $$$ telah ditanda) dam kemudian membawa $$$ itu ke Permatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam penamaan calon. Pada malam itu, Usaili tinggal di Bilik Gerakan Kg Pertama, manakala tiga lagi menghilangkan diri bersama-sama Imran. Menurut maklumat, Imran telah membawa dua pelacur dari Ipoh dan menempah bilik hotel di Pulau Pinang. Tidak diketahui, sama ada mereka mengguna atau tidak khidmat pelacur itu.


Setelah dua kali usaha untuk memerangkap dua EXCO ini gagal. Imran menggunakan taktik lebih licik dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang terbaik memerangkap dua EXCO ini serentak.


Peluang tersebut terbuka tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji bersama-sama ke Permatang Pauh pada 19 Ogos 08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. Nasib menyebelahi Jamaludin kerana ada urusan lain dan akan terus ke Permatang Pauh bersendirian. Azrim yang minum di restoran berdekatan memaklumkan pkara itu tetapi BPR terpaksa meneruskan operasi mereka.


Imran kemudian muncul bersama-sama seorang wanita sambil membawa sebuah beg ke meja Usaili di Kluang Cafe itu. Imran meletakkan beg di atas meja berhadapan tempat duduk Osman dan Usaili dan terus beredar.


Sebaik Imran beredar, pasukan BPR menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut. Usaili enggan, lantas pegawai BPR mengarahkan pegawainya yang lain membuka beg itu … dan… terlondeh $$$ berketul-ketul.


Cerita mereka ditangkap di bilik hotel adalah bohong. Itu rekaan BPR. Ia berlaku di Kluang Station Cafe, di hadapan khalayak ramai


Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada di restoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama-sama Osman dan Usaili lebih awal.


Mengapa? Sebabnya Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberi maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman. Untuk menutup operasi mereka, BPR juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa ke pejabat BPR. Semasa penyelongkaran tanpa waran, BPR menjumpai sebahagian wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan pada Usaili semasa malam Penamaan Calon.


Lantas BPR merasakan mempunyai bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman. Jamaludin yang berada di Permatang Pauh menerima panggilan telefon daripada BPR meminta ke pejabat BPR untuk memberi keterangan. Setelah pulang, beliau terus ke pejabat BPR tetapi akhirnya beliau turut ditahan.


Yang peliknya, kenyataan akhbar Pengarah BPR mengatakan mereka ditahan kerana cuba menerima rasuah RM120,000, tetapi semasa Jamaludin di hadap ke mahkamah untuk perintah tahanan reman, dia dituduh mendapat sogokan RM5,000 pada 14 Ogos 2008.


Dalam permohonan untuk rebiu perintah tahanan reman hanya Osman, Usaili, Roslan dan Zul di bawa ke Mahkamah Tinggi. Azrim seperti dijangka, dibebaskan melalui Mahkamah Majistret.


Pendakwa BPR juga memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik. Bukankah siasat dulu baru tangkap ? Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (wanita) telah menarik diri kerana enggan terlibat dengan kes ini!"