Thursday, August 28, 2008

Bulan Remdan

Salman Al Farisi r.a meriwayatkan, telah berkhutbah akan Rasulullah saw pada akhir hari daripada Syaaban, maka bersabda Nabi Muhammad saw,

“ Hai sekelian manusia, sesungguhnya telah menaung akan kamu akan bulan yg sangat besar, bulan yg diberkatkan padanya LailatulQadar, terlebih baik ia drpd seribu bulan.

Dijadikan Allah Taala puasanya fardhu, dan berdiri pada malamnya dgn beribadat sunat. Barangsiapa melakukan satu perkara dari kebajikan, adalah ia seperti mereka yg telah menunaikan satu fardhu pada bulan yg lain.

Dan brgsiapa menunaikan akan satu perkara fardhu, adalah ia seperti mereka yg menunaikan tujuh puluh fardhu pada bulan yg lain.

Dan ianya bulan sabar dan sabar pahalanya syurga. Dan ianya bulan tolong menolong, bulan ditambahkan padanya rezeki mukmin.

Brgsiapa memberi makan berbuka pd orang yg berpuasa, adalah baginya pahala memerdekakan satu hamba dan ampun bagi sekelian dosanya.

Berkatalah kami yaitu para sahabat2 yg hadir, tiadalah sekelian kami dapat memberi makan berbuka akan org yg berpuasa. Maka bersabda Rasulullah saw, Allah Taala memberi pahala kpd org yg memberi makan berbuka walau seteguk air atau sebiji tamar.

Dan brgsiapa menyayangi org yg berpuasa, maka diampunkan sekelian dosanya, dan Allah memberinya minum dari kolamku akan sekali minum yg tiada dahaga ia kemudian drpd itu selama-lamanya.

Dan ianya adalah bulan yg pada awalnya rahmat Allah, dan pertengahannya keampunan Allah, dan akhirnya pemerdekaan drpd api neraka.

Dan brgsiapa meringankan pekerjaan hambanya pada bulan itu nescaya memerdekakan oleh Allah Taala akannya drpd api neraka.

Maka hendaklah kamu membanyakkan pada bulan ini empat perkara.

Dua perkara meredhai oleh kamu akan Allah Taala dan dua perkara tiada terkaya kamu drpd keduanya.

Adapan dua perkara yg meredhai kamu akan Allah Taala ialah menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kamu minta ampun padaNya.

Adapun dua perkara yg tiada terkaya bagi kamu drpd keduanya iaitu kamu meminta pada Allah akan syurgaNya dan berlindung kamu akan nerakaNya.

No comments: